Sunday, May 20, 2012

Jenis-Jenis Ketawa di Alam Maya


Bila berborak di alam maya ni, cara ketawa, perlu kena dengan situasi. Kalau tak, ia hanya akan mencacatkan perbualan, dan orang lain akan merasai kejanggalan. Di bawah ini ada lah panduan jenis-jenis ketawa :
Heh
Untuk perkara yang agak sinis. Contohnya, "Bila akak nak bayar hutang saya ni? Padahal nampak je akak beli henpon baru. Heh".
Heee
Untuk menunjukkan ekspresi gembira. Kalau tak letak pun takpe, takde apa-apa makna sangat. "At last dapat jugak beli iPad 3 ni! Heee".
Hehe / Hihi
Untuk perkara yang biasa je. Kiranya kalau tak letak pun takpe lah. Tapi kalau borak dengan perempuan, wajib letak. Kalau tak, akan disangka kita tengah marah. Contohnya, "Awak buat apa tu? Hehe".
Hehehe / Keh Keh Keh
Untuk situasi menggatal/bernakalan atau situasi rasa malu dengan kebodohan diri sendiri. Contohnya, "Nak nombor tipon hehehe" atau "Alamak, salah orang rupanya hehehe".
Hoho / Hohoho / Koh Koh Koh
Untuk perkara yang membanggakan. Contohnya, "Hoho, pendapatan online  bulan ni RM50k. Alhamdulillah" (bersyukur dalam riak).
Haha
Untuk perkara yang kekadang biasa-biasa, kekadang macam kelakar, tapi tak kelakar pun. Contohnya, "Takde, takde! Ko jugak yang kena belanja aku esok haha".
Hahaha
Untuk perkara yang memang kelakar. Contohnya, "Kenapa ko menggigil-gigil present depan kelas tadi weh? hahaha".
HAHAHA / Kah Kah Kah
Untuk perkara yang amat kelakar. Contohnya, "HAHAHA muka ko memang ada iras-iras Ayah Pin masa muda doh".
LOL
Biasanya digunakan oleh manusia jenis membosankan dan tak berperasaan. Mungkin juga terlalu taksub dengan meme komic. Ada juga yang menggunakannya untuk situasi gelak sinis dalam mood serious. Contohnya, "Muka you memang cun sangat, macam Oprah lol".
Wkwkwk/Ckckck
Gelak ini biasanya digunakan oleh indon, tapi dah mula menular ke Malaysia. Contohnya, "Rambutnya kok kayak penyapu. Wkwkwkwkwk!".

P/S: Di alam realiti, gelak ada dua jenis je. Hihihi dan hahaha. Takde pulak bunyi lain.



Monday, April 30, 2012

Surat Permohonan Kepada Rempit


Ayeem bin Ayam
Reban 11,
Kampung Sungai Dedak,
Shah Ayam,
Selangor
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Adnan bin Adunan
Kepala Rempit,
Malaysia

Abang,

PERKARA: PERMOHONAN HORMATI ORANG LAIN

Merujuk perkara di atas,

2. Berdasarkan maklumat di atas, saya Ayeem Ayam mewakili seluruh rakyat Malaysia ingin menyeru agar semua mat rempit sumbat ekzos motor dengan span dan bekas/papan telur seperti di studio jamming. Ini kerana bunyi nyaring ekzos motor abang dan rakan-rakan sering kali memecah hening malam, memutus kening ayam, dan menganggu tidur orang awam.

3. Selain dari itu, kalau nak merempit sekalipun, saya memohon supaya mat rempit 'tuck in' atau bahasa skemanya memasukkan baju ke dalam seluar. Ini pula kerana, setiap kali abang dan rakan-rakan menunggang laju, baju kamu semua berkibar-kibar sehingga menampakkan badan. Hilang selera makan saya bang.

Justeru itu, saya berharap abang dan rakan-rakan mempertimbangkan permintaan saya ni, kerana dua perkara di atas melibatkan masyarakat sekeliling. Kalau kamu semua terjatuh semasa wheelie motor, itu urusan kamu, saya tiada masa nak jenguk-jenguk kamu semua. Kalau bab kekah bohsia pula, urusan kamu dengan Tuhan.

Akhir kata, jangan merempit kalau rasa belum cukup banyak pahala.

Sekian, terima kasih.

-------------------------
Ayeem bin Ayam

P/S: Dekat sebulan tak update :p



Wednesday, April 04, 2012

Tunjuk Kemarahan


Bila seseorang tengah marah, perbuatannya pasti akan dilebih-lebihkan (exaggerate) untuk menunjukkan yang dia tengah marah, atau mungkin juga untuk melepaskan geram. Contohnya:
Ayah jentik telinga kuat-kuat, lalu anak menangis kuat-kuat diselangi hentakan kaki yang kuat-kuat ketika menuju ke bilik (masa kawad sekolah dulu pun tak kuat macam tu hentakan kakinya). Lepas tu, anak tutup (lebih kepada hempas) pintu bilik kuat-kuat, kemudian jerit kuat-kuat macam singa nak beranak 8.
Kena tampar laju-laju oleh ayah, anak lari laju-laju menuju ke kereta lalu menghidupkan enjin laju-laju (tanpa memasang radio dan aircond) dan pandu kereta laju-laju sehingga melanggar pokok laju-laju. Laju-laju juga Ambulans membawanya pergi ke hospital.
Dirotan ayah dengan rotan yang panjang-panjang belaka, jerit panjang-panjang (lebih kurang 15 saat), langkah menuju ke biliknya juga panjang-panjang (lebih kurang setengah meter setiap langkah), ikat dan sambungkan kain baju panjang-panjang (dalam 10-15 baju/kain) dan lari dari rumah melalui tingkap.
Mulut dingangakan besar-besar oleh ayah untuk dicili dengan lada yang besar-besar saiznya, lantas anak mengembungkan pipi besar-besar macam Jigglypuff yang sedang marah. Anak kemudiannya mengupdate status Facebook berbaur makian dengan tulisan besar-besar (capslock on).
Dilempang ayah dari kedudukan tangannya yang tinggi-tinggi (ayah angkat tangan/ketiak) dan melompat dari tempat yang tinggi-tinggi (melompat dari kerusi untuk melempang ala-ala gusti). Anak membalas dengan memaki dengan suara yang tinggi-tinggi, ayah lempang lagi dengan kelajuan yang tinggi-tinggi. Akhirnya, anak terjun dari bangunan yang tinggi-tinggi.
P/S: Kesimpulannya, jangan derhaka pada ayah