Wednesday, March 30, 2011

Fleksibiliti Perkataan Gay


Orang melayu sekarang banyak yang dah salah anggap bila orang sebut GAY. Sampai aku nak sebut gay pun dah takut. Perkataan gay boleh diapply kepada macam-macam situasi.

Gay yang standard, lelaki yang melakukan hubungan sejenis lah
"Jah, oo Jah. Ko tau, Rose yakni Rosyam anak si Jusoh tu gay lah. Aku nampak dia berpeluk cium dengan lelaki hidung belang mana entah. Laki tu tampal plaster-luka corak belang zebra kat hidung dia"
Gay yang digunakan gambarkan Lesbian/Lesbo (merangkumi segala Homo)
"Dennggg! Fine, I am a gay. I am a lesbian. I dengan si Melah tu memang selalu nakal-nakal dalam jamban tingkat 33 (freemasong sikik) kolej kita. So what?? I kacau you berak kewwww, biatch?? Dah lah taik you tak comel, hitam!"
Gay yang digunakan untuk gambarkan perasaan gembira
"Murid-murid, tahukah awak bahawa asal perkataan gay bermaksud gembira. Dan pada kurun ke-20 gay lebih sinonim kepada homo. Tahukah jugak awak bahawa saya adalah seorang gay? Eh, macam ini pun boleh jadi contoh ayat eh?"
Gay yang digunakan untuk lelaki gayish, tapi tak semestinya gay
"Hye uolls kembali ke blog gossip artis terhangat Malaysia, Beautiful Bara. You all tau tak The Wanted, Justin Bieber, Dafi, Aril, Adam AF dan semua boy band korea adalah sangat-sangat gayish? Ewwwww! Tak nampak jantan langsung!"
Sebelum ramai fan korea serang aku, baik aku terangkan (haha). Tak kisah lah yang perempuan nak minat boy band korea ko gapo, memang hakikatnya artis or mamat-mamat gayish ni ramai peminat perempuannya. Tapi tidak peminat lelaki. Biasanya, lelaki akan say no to these kinds of people.

Kalau ada lelaki yang minat boy band Korea jugak, aku mintak ko terjun KB Mall. Tapi jangan mati dulu, sebab lepas tu aku nak suruh ko terjun KLCC, KL Tower, Times Square dan diakhiri di mana-mana hospital kerajaan pulak.



Monday, March 28, 2011

Kini Aku Ayam Sejati

27 Mac 2011, tarikh lahanat keramat yang mengubah sejarah hidupku, mungkin juga sejarah dunia (gebang) apabila aku disahkan oleh doktor menghidapi chicken porks pox atau cacar ayam di Hospital Besar Tengku Ampuan Rahimah, Klang.

Sebenarnya pertengahan Mac hari tu, adik aku dah kena chicken pox dulu, dia terjangkit daripada membernya. Bila adik aku dah sembuh, dia balik UiTM, member dia yang lain pulak yang kena.

Aku dah maki-maki, kenapa lah member adik aku yang kena? Bukan aku? Kenapa?? Ishh tension pulak aku, rasa nak terjun KB Mall pun ada. Aku nak sangat kena sebab mak cik aku ada cakap, "kalau kena cikenpoks, then pergi hospital, doktor akan bagi MC straight 2 minggu terus"

Dan itulah yang aku dapat. Dapat cikenpoks, dapat MC 2 minggu. Haha lama gila kot aku cuti! Dah lah aku kerja, tu yang syok. Kena time belajar susah, nanti saya tertinggal pelajaran (skema). Tapi seksa jugak lah. Muka macam ditumbuhi jerawat batu. Badan semua pun ada. Nasib baik dekat 'tu' tak ada.

Korang dah pernah kena? Ada nasihat atau petua? Petua yang aku buat sekarang just minum air kelapa, sapu blended beras + daun semambu, dan baring atas dedaunan semambu je. Ayeem Ayam terkena Cacar Ayam, hasilnya Ayam Sejati

P/S: Abang aku pun kena jugak. Mak bapak aku tak kena pulak? Even diorang pun belum pernah kena lagi. Bukan lah aku mintak, gila ko. Just pelik.



Friday, March 25, 2011

Blog Lukisan Kegemaran

Banyak jugak blog yang jadikan lukisan sebagai entri kat Malaysia ni. Tapi kebanyakannya tak ada identiti diri. Mostly aku tengok nak terikut-ikut style lukisan Zack Zukhairi. Susah kalau blog yang takde identiti ni, susah nak berjaya. Anyway kalau nak melukis tu, biar lah ada style sendiri. Tak lawa takpe, cacat takpe, asalkan unik. Sama jugak dengan penulisan. Ramai yang suka terikut-ikut penulisan blogger lain, sudah semestinya blogger kegemaran dia lah. Banyak tak aku membebel? Okay, ni antara blog lukisan yang aku gemar yang disusun randomly. 

Dia siap ada jual komik sendiri. Dah edisi kedua dah

Lukis guna Paint je bhai. Walaupun menggerutu, tapi cun!

Simple tapi comel. Patut pompuan yang pakai baju?

Melukis dengan Adobe Flash. Member kerja aku dia ni

Aku suka gila lukisan dia. Guna Adobe Illustrator

Lukisan dengan jalan cerita. Memang mamat novel dia ni

P/S: Mungkin ada lagi blog lukisan beridentiti yang lain, tapi aku terlupa atau belum jumpa lagi. Apa lagi, suggest lah dekat aku. Apa blog lukisan fevret korang?



Monday, March 21, 2011

Unblock Facebook, Youtube Di Kolej Dan Ofis Anda [Tutorial]

HideMyAss - proxy yang aku selalu guna.
Start minggu lepas, admin/manager office aku dah sekat/block Facebook, Youtube dan macam-macam lagi site yang melekakan. Standard kalau benda macam ni jadi, aku guna proxy je. Tapi laman proxy pun disekat! Ewahh, dah lebih ni. Last-last member aku dari Turki ada bagi trick untuk nyahsekat/unblock semua tu. So, aku share lah kat korang ni. Sebab trick ni rare sikit, selalu guna proxy je. Kali ni kita bermain dengan DNS (domain name system).



LANGKAH-LANGKAH
Pada taskbar, right click icon Wifi atau LAN

Pada kiri windows, nampak setting ni. Klik 'Change adapter settings'

Right-clik pada Wifi atau LAN, dan klik 'Properties'.
Kalau guna LAN, right click ' Local Area Network'.
Klik pada 'IPv4', dan klik 'Properties'
Pada DNS, lakukan seperti di atas, dan klik 'OK'
8.8.8.8 dan 8.8.4.4 adalah IP address DNS umum Google. Bila korang dah tukar DNS ni, segala lama web yang dah diblock oleh TM pun korang boleh akses ok! (aku bold ayat tu ada makna. haha) No more proxies bebeh!

P/S: Semalam blog aku tak dapat diakses oleh pengguna statik DNS. Pagi tadi, aku mintak tolong NetKL solvekan. Dengan bayaran RM3, blog aku dah elok, pengetahuan pasal DNS pun bertambah. Sebelum ni, aku park sendiri domain ayeemayam.com dekat dnspark, tapi tak berapa faham. Ikut je tutorial yang ada.
P/S: Sila bagi pendapat dekat komen, nak tahu berhasil ke tak trick ni.

**Tak semestinya berjaya, depends on sekuriti/setting yang admin setkan**



Wednesday, March 16, 2011

Apa Depa Nak Sebenaqnya?

Alhamdulillah so far aku tak pernah lagi kena serang dengan anonymous or hater or pengecut. Sebab aku dah disable comment for anonymous. Haha. Tapi kalau diorang nak serang, diorang boleh serang chatbox. Tapi jangan korang betul-betul pergi serang pulak. Aku bagi contoh je ni, ishhh.

Tapi aku terasa bahang haters tu, sebab baru-baru ni agak kecoh kawan aku Telor (kawan agak rapat, sebab telor dan ayam tak dapat dipisahkan) kena attack by anons. Nah baca post hangat ni. Kesian Telor, berapa kali dia luahkan perasaan kat aku. Sampai kering telor dia.

Petikan dari chatbox Pak Rodi
Selain Telor, member aku lagi sorang a.k.a pak cik angkat aku, Pak Rodi pun kena serang. Menangis-nangis dia mengadu kat aku. Tak baik lah korang ni, maki orang tua.

Apa yang korang nak sebenarnya? Takkan korang nak diorang ikut cara korang pulak? Cara masing-masing lah kawan. Kita semua ni manusia, memang takkan boleh puaskan hati semua orang. Lu tak puas hati, lu tak suka, lu belah la. Hang duk baca-baca lagi dalam blog diorang buat apa?




Kalau korang nak tegur, silakan. Tapi tak perlu jadi anonymous. Berani kerana benar. Kalau pengecut bermaksud korang tak yakin korang benar ke tak. Macam aku sendiri pun pernah kena tegur dengan seorang ustaz (kot) dekat entry Ramadhan. Kalau korang nak baca, cari sendiri lah ya. Tapi aku terima pandangan dia. Dan aku tabik, sebab dia tak penakut macam anons yang lain.

P/S: Korang pernah kena serang? Korang rasa apa yang diorang nak?



Monday, March 14, 2011

Sakiti Rakan



Friday, March 11, 2011

Ketagih Satu Ketul

Satu Ketul apa kau cakap ni? Ni aku nak cakap pasal One Piece lah. Tahu? Anime jepun tu. Hari tu aku nampak iklan dekat Astro Ceria One Piece akan dimainkan setiap Isnin - Khamis jam 12 tengahari. Adoi! Rasa macam nak berhenti kerja (sanggup tu). Aku suka gila kot anime ni. Lepas Dragon Ball, ni je lah satu-satunya anime yang betul-betul aku minat and follow. Even Naruto dan Bleach yang lagi famous tu pun aku tak follow sangat.
One Piece pasal pengembaraan sekumpulan lanun bernama "Straw Hat Pirate" yang diketuai Luffy untuk mencari khazanah bernama 'one piece' yang telah ditinggalkan oleh lanun lagenda bernama Gol D. Roger di suatu tempat . Dalam pengembaraan tu macam-macam kejadian lah berlaku. Macam-macam watak menarik muncul. Yang jadikan menarik ialah watak pemakan devil's fruit. Ada 90 lebih jenis devil's fruit. So, bermacam watak dan special power yang wujud. Jalan ceritanya jugak sangat dramatik. Frankly, aku pernah nangis tengok anime ni. Tolong jangan gelak. Tapi memang menyentap jiwa.


Monkey D. Luffy
Seorang yang lurus bendul, innocent dan kuat makan. Makanan kegemaran, takoyaki. Termakan devil's fruit rubber time kecik. Hasilnya seluruh badannya macam getah. Tangan boleh dipanjangkan, badan boleh mengembung macam belon, dan itulah kekuatannya. Lut peluru, tapi tak lut pedang dan segala benda tajam.

Roronoa Zoro
Seorang yang serius, kadang-kadang lurus. Handal bermain pedang, tu sebab namanya Zoro. Kekuatannya adalah pedang, selalu akan berlawan menggunakan 3 pedang. 1 pedang di tangan kanan, 1 di tangan kiri, dan 1 lagi digigit di mulut. Korang ni dah pikir lain kan? Ishh!


Nami
Seorang perempuan yang garang dan mata duitan. Pantang nampak harta karun. Seorang pengemudi, penunjuk arah, peramal cuaca yang hebat. Tiada kekuatan istimewa selain daripada senjata hebat yang direka khas oleh Usopp. Suka pakai seksi, sampai aku pun naik stim.


Usopp
Tiada kena mengena dengan Usop Sontorian. Dia adalah seorang penipu besar. Tu sebab hidungnya panjang. Penipuannya pun kadang-kadang boleh jadi senjata, tapi senjata utamanya adalah lastik. Dia seorang penembak tepat yang tepat dan mampat.


Sanji
Selain Luffy, dia ni watak yang paling aku suka. Dia cool. Seorang tukang masak yang handal. Dalam cerita ni pun, macam-macam ilmu masakan korang boleh dapat. Kekuatannya pada kaki. Sepak batu pun pecah. Dia jugak seorang yang SANGAT gatal. Pantang nampak perempuan.


Tony Tony Chopper
Asalnya dia hanyalah seekor rusa biasa. Tapi dia termakan Devil's Fruit Human, tu sebab dia jadi separuh manusia, boleh bercakap, berfikir dan berdiri. Minatnya adalah dalam bidang perubatan. Kiranya dia ni doktor untuk "Straw Hat Pirate" lah. Kekuatannya pada pil yang dia buat sendiri. Pil yang mampu transform dia kepada seorang yang lebih kuat.

Ada lagi 3 orang kru yang aku skip, which is Nico Robin, Franky dan Brook. Aku skip sebab watak diorang aku kurang minat. Plus, panjang sangat pulak kang entry ni.

Boa Hancock
Seorang puteri ular. Manusia paling cantik di dunia. Bentuk badan menawan. Satu-satunya Shichibukai perempuan. Shichibukai ialah 7 manusia hebat yang dilantik kerajaan untuk banteras lanun. Kekuatannya ialah mampu sumpah musuh jadi batu. Jatuh cinta kat Luffy, tapi Luffy tak layan sebab dia innocent. Tapi part ni yang mampu buat aku goosebump. Hebat Luffy! Selalu dijadikan objek seks kepada penonton. Tak percaya google image lah haha.

Terlalu banyak lagi watak-watak yang cool gila, tapi aku pun dah letih. Kesimpulannya, korang patut tengok anime ni. Anime terbaik pernah aku tengok sepanjang hidup. Kalah Dragon Ball. Korang mesti akan berterima kasih kat aku. Kalau nak tengok anime atau baca manga boleh terjah One Piece HQ. Tapi memang agak jauh lah korang nak ketchup sampai ke latest episod. Tapi aku jamin korang akan enjoy punya, trust me!

P/S: Siapa layan One Piece kat sini?



Wednesday, March 09, 2011

Butang Gigit



Friday, March 04, 2011

Nak Tegur Ke Tak Eh?



Korang pernah tak berdepan dengan orang macam dekat atas ni? Tengah duduk lepak-lepak, baru perasan ada benda yang tak kena kat dia. Taik hidung melekat hujung-hujung bulu hidung je. Tu kalau bersin, sure melompat kat muka korang lah.

Tak taik hidung pun, mungkin ada benda tersekat kat celah gigi dia. Paling selalu kulit cili. Kadang-kadang ada jugak sayur daun kaler hijau. Paling rare pernah aku jumpa pun kepala ikan kembung terselit celah gigi.

Kalau rapat, memang aku tegur dah. Siap bahan-bahan lagi. Dia pun tersipu malu. Tapi kalau tak berapa rapat tu, aku nak tegur pun aku yang malu. Sebab takut dia ingat aku nak malukan dia. Huhu. Camne? Kalau korang?

Diorang ni pun satu, pandai-pandai lah jaga kebersihan diri. Tak ke pepasal dah buat orang lain dalam dilemma. Cara paling mudah nak atasi benda ni ialah, kumur-kumur mulut. Air kumuhan tu buang melalui hidung. Setel! 2 dalam 1.

P/S: Ini adalah repost kepada Dilemma Kak Lima. Aku repost sebab ramai blur.



Thursday, March 03, 2011

Makanan Segera Pengkid

Gambar  Hiasan - Pengkid dengan pengat penguin sama tak?

Pengkid, perempuan yang lebih kejantanan daripada tomboy, even lelaki sendiri. Perempuan yang lebih kecil dadanya daripada aku sendiri. Perempuan yang mampu dapat awek hot lebih senang daripada lelaki sendiri. Perempuan yang mampu melahirkan anak, tapi macam tak mahu melahirkan, melainkan dirogol.

IKLAN : Semalam baca paper, ada nenek 80 tahun kena rogol dengan perompak. Memang nafsu kuda laut betul perompak tu. Semua pun kau nak tibai, cilabai! Grrr

Apa yang aku nak persoalkan, kenapa ramai pengkid memilih kerjaya di restoran makanan segera seperti Mekdi, Kehepsi, dan Pizahat. Ada yang berpangkat branch manager! Aku dulu kerja sebagai rider di Pizahat pun ada golongan-golongan macam ni. Korang perasan tak? Kalau tak perasan, bermakna korang lebih suka makan puding perisa jering berbanding makanan segera.

Mengapa? Mengapa mereka sukakan makanan segera? Aku rasa sebab mereka suka makan dengan segera, yang bermakna mereka gelojoh bila bersenggama. Tu je point yang aku rasa ada kena mengena. Penat dah aku perah otak aku yang putih, suci dan murni ni, tu je yang aku dapat kaitkan. Korang rasa?

P/S: Menurut komen pembaca yang dah berkahwin, nak tahu laki gelojoh atau tak time malam pertama, tengok cara dia makan. Kalau gelojoh, gelojoh lah laki tu. 



Tuesday, March 01, 2011

Pac-Ayam

Game Tetriz Bukan Teztiz dah tamat, Fatin Izzati sila email untuk menebus hadiah. Dah lupa mana email hang haha. Terer budak ni. Game Bola Sama dia dapat no. 2.
So, kita ke next game. Pac Ayam! Sila tolong si Ayeem makan semua dedak-dedak tu ya! Dan jauhi ayam-ayam belaan Ayeem si Bubu, Ngungu, Gaga dan Jajau yang jahat yang tak bagi si Ayeem makan.

Hadiah : Topup RM10 untuk pemenang tempat pertama!
Tarik tutup: 01 April 2011