Monday, April 25, 2011

Jenis Jenis Follower

Salah satu elemen utama dalam blogging adalah follow. Ada yang gila untuk difollow, ada yang tak kisah pun  follower banyak mana, dia tetap akan berkarya dan menulis. Ada jugak yang sampai sorok widget follow, pasang custom follow button punya. Katanya malu dengan follower sikit. Aku dulu-dulu pun tak pasang widget follow, tapi sebab aku pasang follow flash punya macam kat bawah ni. Ni lah widget aku dulu.



Cukup membebel, kita tengok korang ni jenis follower macam mana.

Follow Mengharap
Follow blog dengan harapan agar difollow balik. Ada yang suruh follow balik dengan tulis kat komen atau shoutbox. Ada jugak jenis yang senyap-senyap tapi masih berharap untuk difollow balik.
Follow Membalas
Follow sebab ingin membalas balik follow si follower tu. Ada yang follow sebab disuruh, ada jugak yang just follow walau tak disuruh. Terhutang budi lah kiranya.
Follow Entri
Follow ni memang betul ikhlas. Dia follow sebab dia betul-betul berminat nak ikuti perkembangan blog tu. Bukanlah follow sekali, tapi lepas tu hilang macam biskut.
Follow Rupa
Follow blog yang tuannya lawa atau hensem saje. Tak kisah lah even entri 1 perenggan je pun, even berat blog 1GB, even warna tulisan entri menyakitkan mata. Dia follow sebab nak cuci mata atau nak approach sebab nak try tackle.
Follow Layout
Follow blog yang lawa designnya. Mungkin follow untuk mendapatkan inspirasi design, bertukar pendapat pasal design, nak minta tolong design dan segala macam design lah.
Follow Followers
Follow blog sebab tengok blog tu ramai followers, even dia first time singgah dekat situ dan belum baca pun lagi entri-entrinya. Dia mungkin berfikir 'kalau ramai orang follow ni mesti blog ni best ni!'. Senang cerita follow sebab terikut-ikut orang lah.
Follow Terpaksa
Follow sebab dipaksa oleh penganjur contest. Hehehe
Korang macam mana? Yang mana satu? Kalau aku, aku just amalkan Follow Entri, Follow Rupa, Follow Layout dan terpaksa untuk tergolong dalam Follow Terpaksa. Haha. Bila follower dijadikan ukuran utama prestasi sesuatu blog tu, macam ni lah jadinya. Macam-macam ragam ada. Korang ukur macam tu ke?

Kepada yang pernah suruh aku follow tapi aku tak follow, maaf lah sangat-sangat. Aku bukan lah sombong atau apa, aku just tak nak penuhkan dashboard dengan sesuatu yang takde apa-apa. So, korang buat lah blog best-best okay! Peace!

P/S: Follower akan datang sendiri kalau blog kita best, and i am trying my best!



Tuesday, April 19, 2011

Blogger Malaysia Berpuak-puak

Lebih kurang 9 bulan dah aku blogging. Macam-macam jenis blogger dah aku jumpa. Ada yang add Facebook aku semua. Tapi setakat add lah, borak belum tentu. Kadang-kadang nak borak pun tak sekepala. Aku ada geng aku sendiri, diorang ada geng diorang sendiri.

Biasanya semua orang dalam Geng A tak sekepala dengan semua orang dalam Geng B. Bukan lah tak sekepala nak bergaduh ke apa. Just tak mesra bercumbuan. So, antara geng-geng atau puak-puak yang aku jumpa.
Puak Wordpress
Susah jugak aku nak jumpa blogger Wordpress yang rapat atau sekepala dengan blogger Blogspot. Kalau ada pun, blog Blogspot orang tu ala-ala Wordpress. Tak pun, blogger tu asalnya guna Blogspot. Tak pun Blo Gspot.
Puak Trafik
Geng ni memang masing-masing sibuk fikir pasal trafik, pasal SEO, pasal ranking. Benda-benda tu yang dikejarkan dalam blogging, benda tu yang buat mereka puas. Bercita-cita hendak menjadi polis trafik pertama yang memberi isyarat tangan Usop Wilcha kepada pemandu yang beratur di simpang~
Puak Haluan Kiri
Lebih kurang macam pihak pembangkang blogger-blogger femes. Cenderung menggunakan 'gua' untuk bahasakan diri dalam penulisan. Mempunyai jam tangan Omega dan masing-masing mempunyai video seks sendiri.
Puak Fashionista
Biasanya perempuan, pondan jarang. Suka berbicara tentang hijab, fesyen, Hana Tajima dan Yuna. Oh tak ketinggalan Bik Mama dan Wan Maimunah.
Aku pun ada puak jugak. Geng aku Telortakbasoh, Faiz Kepit, dan Hamzah Gian. Kitorang ni tergolong dalam puak bernama apa eh? Puak Inesen Suci kot?

P/S: Statement di atas tiada kena mengena dengan blogger yang masih hidup atau mati atau koma di hospital. Biasalah aku suka merapu. Kita ada cara masing-masing, and we must respect each other. Peace!



Sunday, April 17, 2011

Manipulasi Tuala



Saturday, April 16, 2011

Aku Sayang MARA Seriyesly


Pembayaran balik pinjaman MARA adalah satu perkara yang paling menyerabutkan kepala pelajar tajaan MARA. Aku sendiri pun serabut. Kalau sikit takpa. Berpuluh ribu kot. Aku punya RM36,635.00. Untuk diploma SAHAJA. Banyak gila kan? Memang jauh lah nak dibandingkan dengan PTPTN. Banyak jumlahnya sebab termasuk allowance RM630 setiap bulan selama 3 tahun. Memang banyak!

Dah lepas tamat Diploma in Computer Science dekat Kolej Poly-Tech MARA, aku pergi pejabat MARA. Minta pengurangan. Sebab kalau dapat CGPA 3.5 ke atas, orang kata boleh convert pinjaman kepada biasiswa. Means tak payah bayar pinjaman tu lah. So, aku pun mohon lah sebab CGPA aku 3.58 tak salah. 

Keyword paling panjang aku rasa. Korang ada? (Sila zoom in)
So, semalam dapat surat MARA luluskan pengurangan tu, RM36,635 tu tak perlu bayar. Just bayar apa benda entah RM2,000. Alhamdulillah ya Allah, (entry paling suci aku rasa) murah rezeki aku. Terima kasih MARA. Sekarang aku tengah tunggu keputusan UPU degree (UiTM, UKM, UPM). Minta-minta dimurahkan rezeki aku lagi. Doakan aku ya kawan-kawan? Thanks a lot!

P/S: "Pinjaman tu akan diconvert kepada biasiswa tapi korang kena kerja dengan MARA" hanyalah mitos. Takda pulak dekat surat tulis camtu.
P/S: Aku terlepas 1 anugerah dekan time semester 6, setelah dapat 5 berturut-turut sebelumnya, memang memeritkan. Sampai sekarang aku susah nak terima.



Tuesday, April 12, 2011

Benda Benda Yang Buat Aku Nak Jerit Fuuu!







Dan banyak lagi di FUUUBOOK

Fuuubook ni Ragetoons versi melayu. Apa yang buat korang rasa Fuuu pulak ya? Kongsikan komik korang kat Fuuubook dan dapatkan backlink! Lukis komik ni tak sampai setengah jam kot. Kalau lukis orang lidi lagi copek! Woot~






Friday, April 01, 2011

Memori: Nasi Lemak