Saturday, February 11, 2012

Esei UPSR : Saya Sebuah Gitar



Saya sebuah gitar klasik yang berjantina betina. Nama saya Kawos (kapok = kawos = padan muka dalam bahasa jawa). Rupa saya ada iras-iras Fauziah Ghous. Saya mempunyai kepala, enam telinga, enam anting-anting (tali), leher panjang dan badan yang ramping. Saya juga mempunyai lubang besar di tengah dada saya. Saya dilahirkan di China, tetapi kemudiannya saya dieksport ke Malaysia. Saya dipamer dan dijual di Mydon dengan harga RM50 saja.

Pada suatu hari, saya dibeli oleh seorang lelaki belasan tahun bernama Redza. Dia seorang pelajar sekolah dan juga seorang pemuzik bawah tanah. Dia adalah gitaris utama untuk kugiran Tiger Red yang membawa genre muzik Nu-Metal. Nama kugirannya sama tahap kepadyapaannya dengan kugiran idolanya, Dragon Red, yang juga membawa genre Nu-Metal. Tapi kugiran Tiger Red itu masih baru, baru nak up orang kata.

Semenjak dari hari saya dibeli, saya tidak pernah lekang dari pelukan Redza. Rasa macam menghampiri zina pun ada. Dipetik-petiknya anting-anting saya tiap masa. Ngilu rasanya! Macam nak putus pun ada telinga ni. Tapi lama kelamaan saya seakan jatuh cinta dengan Redza walaupun saya tahu cinta ini adalah cinta terlarang. Saya berasa tenang bila berada dalam dakapan Redza, di atas ribanya, walaupun bau tengik ketiaknya agak menganggu.

Setahun telah berlalu, pelbagai kenangan manis telah kami lalui bersama. Namun, Redza yang kini bekerja sementara di Kengkaki Fried Cicak telah pun membeli gitar baru. Lebih mahal daripada saya, lebih canggih daripada saya, gitar elektrik jenisnya, Sfender namanya, jantan jantinanya. Gay betul! Kini saya telah dipinggirkan. Saya hanya diletakkan di bawah katilnya. Sudah lah saya takut dengan hantu. Jilaka betul.

Pada suatu hujung minggu, Redza membawa saya bersama Sfender ke sebuah gig di ibu kota. Tiger Red akan mengadakan persembahan pertamanya di situ. Bila tiba giliran mereka mengadakan persembahan, saya masih dipinggirkan. Redza membuat persembahan bersama Sfender, sedangkan saya diletakkan di tepi pentas saja. Bila dilihat pada persembahan mereka, agak berterabur juga persembahan mereka. Tak tight orang kata. Tiga buah lagu cover mereka sampaikan.

Bila lagu yang terakhir hampir tamat, sedang mereka menggoreng-goreng, Redza menghampiri saya. Dipegangnya leher saya. Tercekik saya dibuatnya. Dia berlari menuju ke tengah pentas lalu menghempas badan saya pada pentas dengan penuh garang. Mengucap panjang saya ketika itu. Saya tahan sakit. Dah nazak dah. Tahu dah dia ni nak tunjuk hebat, tapi tak berani nak hempas gitar mahal. Babiuk. Dengan izinNya, ketika dia sibuk menghempas gitar, keenam-enam anting-anting saya tiba-tiba terputus lalu melibas muka Redza. Saya dan Redza mati di tempat kejadian.

P/S: Tahukah anda, Kapok sebenarnya adalah jenama gitar buatan China, tapi perkataan kapok tu terus digunakan orang kita untuk gitar klasik.



Comments
32 Comments

32 Kokokan Suci:

Nana said...

Ayeem-hahahaha...lebih kurang macam entry aku laa...bace sini

http://blogkite2aje.blogspot.com/2012/02/akuleha-dan-iphone4s.html

linda said...

haha...lawak je, dengan redza sekali mati. Ayeem kalo wat esei mesti dasattt..

cik ziqa said...

hahaha. kapok lu redza. mati bersama gitarnya.


:D

♥ Cik Zack's ♥ said...

hahaha sama2 mati di tmpt kejadian ? waduh2 sadisnyaa..

Shawn Razaleigh said...

part kena libeh ngan tali guitar tu part peberet gua

ABU said...

Dados singguh cerita gitar kau..haha

FatihaNur said...

sadis tahap ultraman taro feat ngan detektif conan la ending dia...

camane agaknya tali tu putus pastu bedal muka redza tu...ish ish...dr td dok imejin...x dpt2 gak...

Ninie said...

muka fauziah ghous mcm gitar ek? hahaha ksian redza pun mati. ni namanya cinta sejati.

Nida Hamdan said...

sedihnyee mati di tempat kejadian. huhu!

lynda salim said...

dah lama tak melawat ayammm .. hihihi ..

teruskan berkokok untuk bahan bacaaan saya .. hihihi

visitme@FaTiN cOrNeR said...

pengsan cikgu klu karangan UPSR mcm nie..haha

Cik Suraya said...

ayeem...bt citer aku sebuah laptop lak ea..hehe

ayeem..xnk wish my birthday ke? :P

Mrs khoo ... said...

sedih..sob..sob...

muiz aL said...

jilake!

Mish Apple said...

Sedihnye.

miSs aMaL said...

bahaha.kalau ak ckgu ko.ak bg mrkh 100.1% sbb dua2 mati.puas hati.haha

Nalisa Syahira said...

Redza mesti tk sempat mengucap .

Nalisa Syahira said...

Redza mesti tk sempat mengucap .

Yuu Hidayu said...

hahaha.. lawak gilossss :D

Aisyah Ahmad said...

tamat la riwayat hidupku sebagai gitar :)

Cik Cakula Cemekut Cekelat said...

Jahat la Redza tu...aku xsuke...hahaha...

Aizul said...

Wow, gitar muka iras Fauziah Ghous? menarik ni. Sebab semua gitar kapok yang aku pandang sama je mukanya.

ked said...

mati syahid kawos tu.. huhu

asal kalau ade show je diorang suke hempas2 gitar ek? hempas la tabung buluh ke.. boleh gak fans kat bawah tu kutip dwet syiling 20 sen dan 50 sen baru..

littledolphin said...

owner mati sekali?

memang cinta sejati :p

Ain Norainsyah said...

Arwah was a nice guitar...haha...

Eyeme said...

innalillah :D

budakampung said...

hahaha..ending yang naissss~

Anonymous said...

teringin nak baca esei UPSR Saya Seekor AYAM =)

Nyamuk Terbang said...

arwah dlu baik orgnya..haha

nur chahaya abadiey said...

cigku bagi markah A++++++..
:)

Fara E's said...

untunglah ada iras poujiah gaus

BOYAA MARADONA said...

innalillah . mati jugak redza .