Monday, April 30, 2012

Surat Permohonan Kepada Rempit


Ayeem bin Ayam
Reban 11,
Kampung Sungai Dedak,
Shah Ayam,
Selangor
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Adnan bin Adunan
Kepala Rempit,
Malaysia

Abang,

PERKARA: PERMOHONAN HORMATI ORANG LAIN

Merujuk perkara di atas,

2. Berdasarkan maklumat di atas, saya Ayeem Ayam mewakili seluruh rakyat Malaysia ingin menyeru agar semua mat rempit sumbat ekzos motor dengan span dan bekas/papan telur seperti di studio jamming. Ini kerana bunyi nyaring ekzos motor abang dan rakan-rakan sering kali memecah hening malam, memutus kening ayam, dan menganggu tidur orang awam.

3. Selain dari itu, kalau nak merempit sekalipun, saya memohon supaya mat rempit 'tuck in' atau bahasa skemanya memasukkan baju ke dalam seluar. Ini pula kerana, setiap kali abang dan rakan-rakan menunggang laju, baju kamu semua berkibar-kibar sehingga menampakkan badan. Hilang selera makan saya bang.

Justeru itu, saya berharap abang dan rakan-rakan mempertimbangkan permintaan saya ni, kerana dua perkara di atas melibatkan masyarakat sekeliling. Kalau kamu semua terjatuh semasa wheelie motor, itu urusan kamu, saya tiada masa nak jenguk-jenguk kamu semua. Kalau bab kekah bohsia pula, urusan kamu dengan Tuhan.

Akhir kata, jangan merempit kalau rasa belum cukup banyak pahala.

Sekian, terima kasih.

-------------------------
Ayeem bin Ayam

P/S: Dekat sebulan tak update :p



Comments
51 Comments

51 Kokokan Suci:

shark said...

hahha
pekara nom 2 tu aku suka..
mmg ilang selera makan.

azri johan said...

surat anda direject :p

Namee Roslan said...

hahaha..baju berkibar2 nampak badan berpanau...ayeem, kenapa lama naaaa tak update. busy sangat lah tu...

Syat0za Zai said...

yeah ayeem update!! :D

buat la tandatangan skali! haha

SHURA said...

dah sebulan jugak lah aku tak main GAME telur tu :D kekeke

cicak papan said...

terbaikkk! ^^!

Puan Besar Shag Yahaya said...

Hahahahaha. Memang hilang selera wa nak drive bila tgk badan dorang. Kalau cantik tak apa. Ni macam haram~ Ayok. Harap surat ni sampai lah ke rempiters semua. Kakaka

tassyanatassya said...

Hahaha..memang terbaik...



Ayeem,hamzah dah muncul kat tv...Ayeem bila lagi...kasik bising satu reban bilamuncul di tv..hehehe

Puteri Iqa Izyan said...

hoyeahhh. baik punye surat ^_^

Shahbri said...

kekah bohsia...fak..

kura said...

sentap mat mat rempit di luar sana woi. haha

Eyka said...

mintak2 mat rempit bce..biar ayeem kena kekah plak..fufufufuuuuuuuuuuu :P

Nana said...

shah ayam tu tak ley blah..haha

Udinz.com said...

haha....tau2 je...

IQ = Iez Qis said...

tawu tak per...sebulan tak update....denan pun terus dapat surat~ hak3

[wani_mn] said...

hahahahaha. yg nak tayang badan tu kalau badan tuff takpe la jgk.. :D

sYafIk-wAy said...

mat rempit ade blog ??? hahaha

Atiqah Wadiah said...

tq encik ayeem ayam sbb mewakili kami putuskan surat kpd rempit sekalian..anda sungguh memahami kami semua :)

Anonymous said...

gila surat RASMI lagi tu...LOL

Lea Isnawi said...

tandatanga mana?

mizzkechique said...

akan dipertimbangkan...

LiNda said...

finally ayeem update gak..haha, memag patot pun suh dorang tuck in, memang x lalu nak tgok badan dorang...errr

Ieyza Afieyna said...

terbaik la.. hehe

Terbelog said...

main gem jap kat header

onie said...

hahaha

Nazzmee said...

ayeem, aku jmpa surat balas utk surat ni ada org tulis dlm YWOT ko.
hahaha

Otaku Blur said...

Ayeem,aku jmpa surat bls utk surat ni dalam YWOT ko.cbe tgok

Benny said...

ayeem tgok kt world of text ade org tulis surat balas

cik ziqa said...

bhahaha, ta agak2 kuar surat rasmi. :P

Anonymous said...

tetibe nak bagi markah kat karangan ni. hahaha. karangan anda memikat jantung jiwa raga basikal saya. dengan ini markah karangan anda bernilai 26/30. hal ini demikian kerana perkataan justeru itu tak boleh gune depan ayat. hahaha. k, ngarut. tu je nak komen. tmekasih. :D

IEQAH said...

ok surat anda di APPROVE ^^

Cik Hujan said...

haritu terserempak ngan mat rempit! gila bingit tinga T-T

Eein Azryn said...

Haha. Terbaekk.

Nyamuk Terbang said...

ayam ad kening..kbai

obat asam urat alami said...

:D

sikecikyangcomel said...

haha..kelakar pulak surat untuk mat rempit nie..harap-harap dorang baca entry nie..best!
feel free to view my blog :)

miSs aMaL said...

haha...tebaek srt ni.agak2 blh guna dlm esei upsr tak? wee~

Norzatul Nabihah said...

haha..suke entry ni..=)

nurkaloi said...

hormat menghormati amalan mulia kannn

YOUsoF said...

Kami menyokong penuh segala isi dalam surat permohonan ini lebih² ;agi yang no. 2 tu.

"Nak race, race kat trek la" dah lama tak dengar iklan tu. ;D

Nurrul said...

permohonan anda akan dipertimbangkan :D

"SOKONG SGT2 NO. 2 tuh "

aizamia3 said...

ni kena mintak kepala rempit reply balik ni.

surat anda akan dipertimbangkan..

Scarlett O'Hara said...

Baru minggu lepas ajar anak murid buat composition tentang Mat rempits!

Areliff said...

guna ekzos buluh la baru berkesan he3

ain dzaya said...

meh ain nak stamp kan untuk pengesahan..wbhahaha

"Binatang pun pandai berkasih sayang. Manusia?".

ParaLoya said...

Kalau semua rempit sumbat span dalam ekzos, aku cukup syukur dah. Aku pun tulis surat, untuk PM pulak: http://paraloya.blogspot.com/2012/05/surat-paraloya-untuk-pm.html

Kie-yu said...

hoh...dah pos belum surat ni ayeem?

cimöt said...

hahaha.. lagi dramatik kalo tulisan yang bercakar ayam..

BOYAA MARADONA said...

lawok mok . mat rempit tu agak-2 lepas ni merempit bawak ayam sekor kat belakang . kasi ayam tu rse thrill wili . haha .

saya said...

mohon ketengahkan hal no 2 di parlimen.

Anonymous said...

awes0me lh !!