Wednesday, April 04, 2012

Tunjuk Kemarahan


Bila seseorang tengah marah, perbuatannya pasti akan dilebih-lebihkan (exaggerate) untuk menunjukkan yang dia tengah marah, atau mungkin juga untuk melepaskan geram. Contohnya:
Ayah jentik telinga kuat-kuat, lalu anak menangis kuat-kuat diselangi hentakan kaki yang kuat-kuat ketika menuju ke bilik (masa kawad sekolah dulu pun tak kuat macam tu hentakan kakinya). Lepas tu, anak tutup (lebih kepada hempas) pintu bilik kuat-kuat, kemudian jerit kuat-kuat macam singa nak beranak 8.
Kena tampar laju-laju oleh ayah, anak lari laju-laju menuju ke kereta lalu menghidupkan enjin laju-laju (tanpa memasang radio dan aircond) dan pandu kereta laju-laju sehingga melanggar pokok laju-laju. Laju-laju juga Ambulans membawanya pergi ke hospital.
Dirotan ayah dengan rotan yang panjang-panjang belaka, jerit panjang-panjang (lebih kurang 15 saat), langkah menuju ke biliknya juga panjang-panjang (lebih kurang setengah meter setiap langkah), ikat dan sambungkan kain baju panjang-panjang (dalam 10-15 baju/kain) dan lari dari rumah melalui tingkap.
Mulut dingangakan besar-besar oleh ayah untuk dicili dengan lada yang besar-besar saiznya, lantas anak mengembungkan pipi besar-besar macam Jigglypuff yang sedang marah. Anak kemudiannya mengupdate status Facebook berbaur makian dengan tulisan besar-besar (capslock on).
Dilempang ayah dari kedudukan tangannya yang tinggi-tinggi (ayah angkat tangan/ketiak) dan melompat dari tempat yang tinggi-tinggi (melompat dari kerusi untuk melempang ala-ala gusti). Anak membalas dengan memaki dengan suara yang tinggi-tinggi, ayah lempang lagi dengan kelajuan yang tinggi-tinggi. Akhirnya, anak terjun dari bangunan yang tinggi-tinggi.
P/S: Kesimpulannya, jangan derhaka pada ayah



Comments
40 Comments

40 Kokokan Suci:

nurdani said...

tak elok lebih2. dan tak elok derhaka. ish..ish..

Nana said...

hahaha...kesimpulannya,jom baca blog terbang tinggi-tinggi.

MyzaAli Al-Jamalullail said...

Hahaha sempat main gama kt header dlu, baru baca. Marah ni Marahhh

Eera Shera said...

entri penuh pengajaran haha

Wadi AR said...

tinggi tinggi, kuat kuat, laju laju, blah blah blah

~eZmALiZa~ said...

main game kat header PUAS-PUAS dulu baru bace entry PUAS-PUAS dan kemudian komen PUAS-PUAS di sini... hahaha =D

IEQAH said...

perghhh marah sungguh..mjur ayah tite takk tunjukkn kemarahan mcm tuu

Dalin said...

kt ayah je jgn derhaka? kat mami? huhuhu.. thanks ayeem update blog! suka sgt.. :D Terima kasih banyak2...

El-Janna said...

laju laju juga aku gelak

Cik Bulat said...

cara pengjaran yg nice, aku baca pon geli hati.. hahaha.. macam over acting gila pulak kan cara pnulisan tu. Double ~ HAHA

keri ikhwan said...

cam lebih-lebih la plak entri ni... lebih-lebih lagi bab aksi anak yg lebih-lebih tu.. lebih-lebih kan berbuat baik kepada bapa... lebih-lebih pada mak... lebih-lebih gaji bulanan tu rajin2 la hantar ke mak ayah jugak :D
ok, skang aku plak yg melebih-lebih kat sini

[wani_mn] said...

Haha. Aku tak faham kenapa aku gelak over-over baca. Haha.

O'gosh said...

makna kata..xle hover la ni ye...

lisa said...

ganas ayahnya, hm.

✿ pink velvet ✿ said...

penah buat yg no 1 tu mase kecik2 dulu, hahaha~~

Anonymous said...

Cane nk men game kt header tu? xleh pong nk potong telur.

Anonymous said...

Cane nak men game kt header tu? xleh nak potong telur tu pon.

Ayeem Jemain said...

anon, kena klik, baru slice

Syat0za Zai said...

akhirnya, anak terjun dari bangunan yang tingggi-tinggi. Dan masuk kejadian tersebut dalam blog terbang tinggi-tinggi..ahaha

NurAfizahMazlan said...

Ala.. takleh nak tgok scoreboard tu

Puteri Iqa Izyan said...

fuhh. teringat pulak kene cili time kecik2 sbb suke menjawab. muehehehe

Anonymous said...

Blogger yg update blog sengey senget readers pun jd senget senget..haha

Ann Misterina said...

style gile ada game bagai.haha:D

Izyan Masri said...

TAPI KAN,KALAU AYAH KITE,KITE TAK BUAT SALAH PAPE PON DIA SUKA JENTIK TELINGA ORANG SESUKA HATI.HAAA.ACANE TU.CE CITE.HAHA

Qilah Khunnie said...

pernah hempas pintu kuat-2 msa kecik-2 dulu bila kena maeah dengan ayah . tapi tuh cerita time budak budak lahh . hehehe :)

Zaty Zulkifle said...

Game dekat header tu best kbai! haha

Nyamuk Terbang said...

ok bhsa mlyu A++

♥CIK SHA♥ said...

sebelum baca dan komen aku men game dulu..hahaha..

errr..itu kire mcm tindakan refleks yg selari kot..mcm mana kena marah mcm tu balik reaction yg diberi..err..tapi sgt la tak molek melawan balik kan mak ayah marah..sebab mak ayah marah kite mesti bersebab..

huda jamil said...

jadi anak derhaka mmg anak tak guna. tp kau punya entry ni tragis-tragis betul.

Bui Junaidi said...

BESTLAH BLOG NI..BUI FOLLOW YER..HEHE

NadyaBubble said...

Haha, semua double2 je ni.

Rahmad said...

kadar refleksi ketika marah..

hentak2. jalan2, tendang2, double2, lari2, gigit2,..etc

Juno said...

Semua kena double bila emosi.

Tapi masa lapar gila gila, aku beli double spicy chicken mc deluxe.

Terbelog said...

er..ari ni ari ayah ke

Kamil Kahar said...

ko ni mcm da terpengaruh dgn lagu Bawaku Pergi by Zizan ft Kaka...

adam narzuan said...

tak elok marah2... kena cool..hehe

Ain Norainsyah said...

baca laju-laju sebab internet tak berapa laju. :P

haNem said...

anak-anak zaman sekarang..x der plak yang dah kene lempang kuat-kuat dengan bapak nak study kuat-kuat biar dapat masuk asrama jauh-jauh..

LiNda said...

perghhh..ganas gile ayah nak lempang anak smpai kene lompat dri tempat TINGGI TINGGI...

BOYAA MARADONA said...

CAPSLOCK ON . BACE BLOG SUNGGUH-SUNGGUH UNTIL AKU GELAK KUAT-KUAT DAN BAPAK AKU JELING TAJAM-TAJAM . HAHAHAHA . AYAM TERBAEK DARI LADANG