Monday, June 04, 2012

Penjimatan Majlis Perkahwinan


Majlis perkahwinan, orang kata benda sekali seumur hidup (lelaki maybe empat kali), apa salahnya bagi kaw-kaw punya gempak. Buat pinjaman pun sanggup. Tapi, ramai juga yang mahu keep simple, kerana bersederhana itu lebih elok. Tak membazir. Jadi, aku ada saranan yang boleh digunakan untuk berjimat to the max!
Kad Kahwin
Kad kahwin sekarang glamour-glamour. Kad kahwin je habis seribu ringgit. Orang kata kalau nak jimat, tempah kad kat Indonesia. Tapi, aku rasa kalau nak jimat invite guna SMS dan Event Facebook pun dah cukup dah.
Pelamin
Pelamin ni tak payah pun lagi elok. Tapi kalau nak ikut adat jugak, boleh gunakan pelamin kos rendah yakni gabungan meja jepun (meja rendah untuk duduk bawah bersila) dan kerusi plastik kat gerai makan Wak Tholl Bakso. Letakkan kerusi atas meja tu. Tadaaa!
Kompang
Kompang ni agak perlu. Dalam Islam, digalakkan menghebah pernikahan, dengan paluan gendang. Nak menyewa budak-budak kompang pun mahal sekarang. Nak beli basikal Fixie katanya. Untuk jimatkan kos, boleh gunakan MP3. Pasang kat henfon pun jadilah, volume maximum.
Persalinan
Untuk lelaki, pakai baju melayu bersamping kain pelikat cukup lah. Nak bersampingkan jersi Manchester United pun boleh. Tengkolok boleh pinjam kat Monoloque juri Versus tu. Kalau dia tak bagi pinjam, buatlah guna suratkhabar. Macam tak biasa buat topeng guna kertas masa kecil dulu. Untuk perempuan, bolehlah selongkar lemari cari langsir-langsir lama yang dah tak pakai.
Makanan
Untuk makanan, nasi minyak dan lauk pauk memang agak mahal. Apatah lagi katering. Rasanya menu biskut kering cap Ping Pong cicah milo adalah yang terbaik. Roti High 5 ikan bilis pun boleh tahan. Kalau nak jimat melampau, bolehlah buat majlis masa bulan Ramadhan.
Door Gift
Door gift yang agak eksklusif biasanya bagi kek sepapan. Kalau jimat sikit, bagi jajan boleh, sumi boleh. Nak jimat lagi, bagi gula-gula Hacks dua biji seorang dah memadai.

Amacam? Kalau betul-betul ikut pelan di atas, memang jimat 90%.



Comments
76 Comments

76 Kokokan Suci:

Hãrdzîçk said...

1st haha

Payeh Kuced said...

Kehkeh. Gile jimat le ni . Save budget nak honeymoon ke hape ?

cik ziqa said...

bhahaha. Kemain jimat dia... Pngsan mak pgantin... Haha

AmirahSM said...

agak2 kalau mira dtg pun, mira g tgk ayem kawen, amek gmbr blah. msti tak nampak mcm org kawen kan. hahaha, jgn jimat sgt, kawen skali je..tp kalau ayem xtau la nk kawen 4 kali kan. haha

Iffah Afeefah said...

apesal pempuan kene kain langsir

laki pakai bju elok2

grrr diskriminasi tau

#kad print sndri
#makan rewang suda
#pelamin xpayah. amik kusi jati. letak cdr wane wani kat blakang. tangkap gamba pasport pon bole

MyzaAli Al-Jamalullail said...

Haha ayeem nak suruh mak buat macam ni lah!

iEdA said...

Jimat sguh neh...xtahan tol...cian pmpn kena pakai kaen langsir

nurdani said...

haha. aku memang akan buat yang MP3 kompang tu. jimat dan boleh ulang banyak kali tanpa caj tambahan

Bella Nabilah said...

betul2 boleh save bajet nie..
hahaha..
confirm jadi wedding of the year lah..

hana said...

wahh
ni mmg jimat habes..
hahaha

nia marlissa said...

kalu bakal mentua ko baca nih .. siaplah engko :)

Nyamuk Terbang said...

nie kdkut bkn jimat haha

Sayidah Nafisah Ruslan said...

main game dulu baru baca entry.. hahhaa

SoutulMujahid said...

paling x boleh blah mp3 kompang =.=

thisisaina said...

macam ni lah caranya ayam nak kawen . haha

FatihaNur said...

ni bukan jimat..ni kedekut namanya...huhu

onie said...

aiyamak,terlalu jimat tu,hihi

zuhaida said...

part pelamin dengan makanan tu paling kelakar :D

Mizah Adam said...

serius weh, KALAUlah mak abah aku tak kesah, mmg aku the kawen da, ikut plan kau ni. hahahahha

miss fluffy said...

sangat la jimat kan?
apa boley buat..org susah..err
hehe:p

cik miera said...

amboi.. kemain kau.. kedekut ni. bukan jimat.. huhu

keri ikhwan said...

kebetulan aku pun memang dah ada mp3 kompang tu.. cantik ah

IQ = Iez Qis said...

memang aku folo ko la ayeem...bru nk plan nih...

*sekali kena hempuk dengan mak ayh...adesss~

Cik Eka said...

hahahahahahahaha

sakit perut aku ayeem oiii

ked said...

lauk kenduri aku nanti, up sket laa.. nasik goreng kampung.. lauk tambah, telo mate..
hahahaha..
dorr gift lak, aku bagi pen je sebatang sorang..watpe membazir wat door gift pelik2, buang jugak last2 nanti..

chiah_ismile said...

untung la sape kawen ngn ayeem!mmg jimat!berbaloi2!

O'gosh said...

amboi..amboi..x sabar akak nak tgk ko kawen dik...

Ujang9897 said...

igt jimat se maksimumnya...lps kawin lg byk pakai duit wo.., jgn basir dkt doorgift...=)

Cik Ungu said...

bapak ayam jimat giler!



hahahaaha


p/s: ayeem,knl x?

Aisy ^^, said...

untunglaa kalo bsederhana , takde sape yg rugi , setan pun menangis . kawin jadi payah sebab hantaran mahal bagai , padahal syarat nak kawin senang je .

msredcheesecake said...

bajet belanja kawen awak nanti bape ni?

Cik Bulat said...

ahaks.. betul, seeloknya pelamin toksah deh.. haha.. terbaik.. sempoi gcheeww ~!!

Anonymous said...

Back to the basic je.. orang sekarang suka berlebih-lebihan. Majlis nak hebat dari orang lain. Tunang pun dah macam majlis kahwin. siap berkhemah bagai.. tu yang makin lama, kos untuk majlis perkahwinan makin tinggi. Buat yang wajib shj. Lepas tu buat kenduri kesyukuran pun dah ok.

♥CIK SHA♥ said...

hahaha..yg wat kenduri time bulan pose tu aku pernah terfikir wei!

IEQAH said...

wahhh kalau ieqah buat wedding mcmni konpemm masuk paper..wedding palingh saving of the year

Anonymous said...

kau buat dulu, aku nak tengok. pastu baru aku ikut..kekeke

Aqilah Mohamad said...

Hahahaha ni baru jimat habis .

haNem said...

elok lah tu save bajet..x menyusahkan org lelaki nak bg hantaran mahal2..tapi kalau lelaki tu still x bersyukur jugak, patut bawak bersunat untuk kali kedua :)

hazanis said...

muehehe memang jimat betuii nih.....hahaha

ParkAir said...

paling jimat paling berkat. lagi pun lepas kawin banyak lagi kena keluar duit penuhkan rumah baru...

hati kencang said...

perghh, mudah gile..kawen ngn awak je la ayeem ;)

Eera Shera said...

amboi jimat sungguh tu hehe

NadyaBubble said...

Ni kalau buat mau kena kutuk satu kampung, haha.

Eein Azryn said...

Ni memang jimat habess. Hahaha. XD

ecadwinkyasha said...

aku setuju buat time bulan ramadhan..berkat tu wooo..hahah XD

nazirulhazwan~ said...

kad kawin.
aku nak buat hitam putih je. senang. 1 mastercopy, yang lain fotostat. kos dalam 2 sen selai

paan said...

Alhamdullilah , berjaya jimat sejimat yang mungkin untuk perkahwinan aku.

Kad kahwin buat dua versi , online dan juga kad offline.

Kad offline - print sendiri (below RM 100)

Kad online - http://nurulatiqah.com/jemputan

website yang aku buat sendiri untuk jemput rakan - rakan online. :)

::dEyb:: said...

terbaekkkkkkkkkkkk! ;p

nini said...

kalo gini gayanya, esok dah boleh kawen dah..=p

Anonymous said...

nahorroomm, dah lame x gelak cmni. kihkih

-pijisketch

EZAN IDMA said...

wakakakak gula hacks pon boleh

Edy Fee said...

kahkah mmg kedekut giler la jemput pkai sms..hehe lagi ledekut kawin kat kedai takde plamin,huhuuh

Nur Aischa said...

hahaha mmg takda sapa maih la nanti time kahwin kalau ikut mcm tu XD

gelak guling2 baca entri ni..

Yana Libra said...

jimat sangat2~~

saffiya_aleesya @ echa said...

salam kenal yer..saya singgah dan follow sini..jom jemput singgah ke blog saya

Cheetah said...

gila sempoi..hahahaha
kalau nk jimat, buat nikah je cukup.hehehe

bel said...

duit kawtim-ketim. kawin belah laki+perempuan jalan serentak da habis cito. esok terus p honimoon~ hojeah!!!

shera haifa said...

pe kata ayeem yang buat ceng g2.. berbaloi2..

NauRah aLwaNi said...

Yang door gift orang bagi Hacks tu rasa macam memang ada. Hahaha

nahunabila said...

yg pasal kad jemputan tu bole tahan lg. bila part bwh2, haha tergelak je baca. nk berjimat pn biar berpada :D

Ain Zulaikha said...

kesimpulannye, jangan kawen dengan ayeem

ain dzaya said...

lagik jimat kene tangkap khalwat...hotak pun jimat tarak perlu pk apa2..

a little less conversation said...

ok gua booking lu sbg welding planner gua..amacam?

Irshadim said...

lagi satu cara nak jimat, kau jemput yang rapat je. Sedara yang terdekat sahaja. yang dua tiga pupu, jiran keada tok sedara, bini baru tok sedara, tak payah jemput la.

Misz Mieza said...

Betul2 jimat nih.. Sape yang belom kawen tu bolehla ikut plan jimat to the max nih.. ;-)

Myideakini [dot] com said...

Salam Ayeem....Lawak siot..sebab nak jimat punya pasalkan...duit selebihnya boleh p honeymoon jauh2 skit...ahaks..

BTW saya dah follow blog Ayeem....Jangan lupa singgah & follow blog saya lepas ni ye...

www.myideakini.com

cik pha said...

nk jimat lagi,kawen jer,pastu hebah kat fb,salah satu cara berkesan keh keh

Syafik Coklat said...

hak ah , baru aku terfikir , keh3 .

duniafana said...

adat..adat...

FairuZainal said...

kenapalah takde like untuk komen ek? aku nak bagi seribu like untuk yang komen first tu. baii

Cik Suheela said...

bila nak mengokok lagi ayeem hoiii hahaha

Tim Cik KupuKupu Ungu said...

phewwwww ~ cakap pasal kawen ye ayeem. hihi. berdeborr nak tunggu 15hb ni :D

Edy Fee said...

kahkahkah ade jumpe benda ni kat mana ta..mmg jimat habis...ramai la org kwin mcm ni

The Watercolour said...

Makanan percuma di rumah masing-masing. Kahwin free pun boleh. Tangkap khalwat.

aswadz said...

x terfikir lak idea mcm nih.

Lea Isnawi said...

jimat sungguh..har3