Monday, June 04, 2012

Penjimatan Majlis Perkahwinan


Majlis perkahwinan, orang kata benda sekali seumur hidup (lelaki maybe empat kali), apa salahnya bagi kaw-kaw punya gempak. Buat pinjaman pun sanggup. Tapi, ramai juga yang mahu keep simple, kerana bersederhana itu lebih elok. Tak membazir. Jadi, aku ada saranan yang boleh digunakan untuk berjimat to the max!
Kad Kahwin
Kad kahwin sekarang glamour-glamour. Kad kahwin je habis seribu ringgit. Orang kata kalau nak jimat, tempah kad kat Indonesia. Tapi, aku rasa kalau nak jimat invite guna SMS dan Event Facebook pun dah cukup dah.
Pelamin
Pelamin ni tak payah pun lagi elok. Tapi kalau nak ikut adat jugak, boleh gunakan pelamin kos rendah yakni gabungan meja jepun (meja rendah untuk duduk bawah bersila) dan kerusi plastik kat gerai makan Wak Tholl Bakso. Letakkan kerusi atas meja tu. Tadaaa!
Kompang
Kompang ni agak perlu. Dalam Islam, digalakkan menghebah pernikahan, dengan paluan gendang. Nak menyewa budak-budak kompang pun mahal sekarang. Nak beli basikal Fixie katanya. Untuk jimatkan kos, boleh gunakan MP3. Pasang kat henfon pun jadilah, volume maximum.
Persalinan
Untuk lelaki, pakai baju melayu bersamping kain pelikat cukup lah. Nak bersampingkan jersi Manchester United pun boleh. Tengkolok boleh pinjam kat Monoloque juri Versus tu. Kalau dia tak bagi pinjam, buatlah guna suratkhabar. Macam tak biasa buat topeng guna kertas masa kecil dulu. Untuk perempuan, bolehlah selongkar lemari cari langsir-langsir lama yang dah tak pakai.
Makanan
Untuk makanan, nasi minyak dan lauk pauk memang agak mahal. Apatah lagi katering. Rasanya menu biskut kering cap Ping Pong cicah milo adalah yang terbaik. Roti High 5 ikan bilis pun boleh tahan. Kalau nak jimat melampau, bolehlah buat majlis masa bulan Ramadhan.
Door Gift
Door gift yang agak eksklusif biasanya bagi kek sepapan. Kalau jimat sikit, bagi jajan boleh, sumi boleh. Nak jimat lagi, bagi gula-gula Hacks dua biji seorang dah memadai.

Amacam? Kalau betul-betul ikut pelan di atas, memang jimat 90%.